m0nchu’s HTML Foundation Program

THIRD SEMESTER

 

 

 

Color merupakan satu daripada attribute terpenting dalam sesebuah laman web. Warna memberikan satu tarikan kepada pengunjung laman web. Penggunaan dan penggabungan warna yang bijak dan sesuai akan menjadikan rekabentuk sesebuah laman web sangat dinamik. Color merupakan salah satu attribute yang boleh digunakan dalam tag <TABLE> <IMG> <FONT> dan lain-lain lagi.

 

 

Color mempunyai beberapa jenis. Antara yang popular ialah RGB dan Hexadecimal color. Tetapi kod warna yang digunakan dalam HTML ialah Hexadecimal. Selain itu, nama warna itu sendiri boleh digunakan dalam kod HTML untuk menentukan warna. Contohnya:

<FONT COLOR="GREEN"> m0nchu Online</FONT>

Keputusannya : m0nchu Online

Untuk penggunaan kod warna bagi jenis Hexadecimal, penggabungan nombor dan huruf yang pelbagai boleh menghasilkan gabungan warna yang kreatif. Setiap kod warna Hexadecimal perlu dimulakan dengan "#" contohnya:

<FONT COLOR="#00FF00">m0nchu Online</FONT>

Keputusannya : m0nchu Online

 

Kod Warna Hexadecimal :

Kod

Warna

Blue

#0000FF

Black

#000000

Red

#FF0000

White

#FFFFFF

Yellow

#FFFFF00

Green

#00FF00

Purple

#CD2CD4

 

 

 

Dalam menyunting warna, terdapat beberapa properties. Antaranya ialah Hue, Saturation dan lain lain lagi. Definisi bagi setiap properties adalah seperti berikut:

 

Properties

Penerangan

Hue

Perbezaan antara satu warna dengan warna yang lain, contohnya merah adalah berbeza daripada hijau

Warmth

Perbezaan warna dari kuning kepada merah atau sebaliknya

Coolness

Perbezaan warna dari hijau kepada biru atau sebaliknya

Value

Ditafsirkan sebagai jumlah keamatan dan kegelapan warna

Saturation

Kecerahan sesuatu warna